LAGU KPJ

Mari Cegah Jenayah

KLIK di sini UNUNTUK MUAT TURUN LAGU 

Mari Cegah Jenayah
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjujung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi jenayah
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA

LAGU:HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK:HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK:HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL

SEJARAH LAGU ‘MARI CEGAH JENAYAH

            Lagu ‘MARI CEGAH JENAYAH’ tercipta dan terhasil setelah Puan Fitriani Wahid, Pengetua SMK Pasir Putih Tawau, Sabah pada ketika itu mengarahkan Husain Usih, selaku Ketua Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah memintanya agar menubuhkan dan menggerakkan Kelab tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2003. Dengan hati terbuka dan semangat yang tinggi saya menggerakkan kelab ini berperingkat-peringkat dengan dibantu oleh rakan beliau En. Arifa Kuraga, selaku Penolong Ketua Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah.

          Mengambil masa lebih kurang 3 minggu, lagu ini telah terhasil. Pada minggu kedua hingga akhir bulan Februari (10 hingga 28 Februari 2003), beliau mula mencipta lagu ini. Melodi lagu ini dicipta. Menghasilkan melodi lagu yang bersesuaian dengan objektif kelab bukanlah perkara yang mudah. Pada awalnya melodi lagu ini agak berbentuk pop balada dan kemudiannya diubah ke bentuk yang lebih segar dan bersemangat. Akhirnya terciptalah melodi ‘marching’ bergenre patriotik. Menulis senikata lagu yang bersesuaian dengan melodi dan misi visi kelab juga agak mencabar. Lirik atau senikata lagu ini pula ditulis dengan berunsurkan berbangga dengan kelab ini dengan mengangkat nama baik kelab dan sekolah, mempunyai rasa amanah dan tanggungjawab di samping mengajak pelajar-pelajar untuk mencegah dan memerangi jenayah. Lirik lagu ini pula dicipta serentak dalam tempoh 3 minggu tersebut dan pada 1 Mac 2003, beliau telah menyiapkan lagu ini sepenuhnya memikirkan kelab belum ada sebarang lagu yang boleh dijadikan sebahagian daripada aktiviti kelab.
          Inisiatif untuk merakamkan iringan muzik dilakukan dengan menemui seorang guru muzik di salah sebuah sekolah muzik yang terkenal di daerah Tawau, Sabah pada 8 Mac 2003. Memandangkan beliau hanya mempunyai minat yang tinggi dalam bidang nyanyian tetapi tidak mempunyai sebarang kepakaran dan kemahiran dalam bidang muzik dan tidak mempunyai kemahiran bermain sebarang alatan muzik seperti gitar, harmonica dan keyboard, maka Yamaha Music School, Tawau, Sabah telah dipertanggung jawabkan untuk  menghasilkan iringan muzik dan menulis nota lagu ini. Pihak Sekolah Muzik berkenaan mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan nota lagu dan iringan muzik ke dalam bentuk ‘minus one, yang dirakamkan ke dalam bentuk kaset.  Pada 21 Mac 2003, iringan muzik bersama-sama nota lagu ini siap sepenuhnya dan berjaya dirakamkan ke dalam bentuk kaset. Kos untuk menghasilkan iringan muzik dan nota lagu ini ialah sebanyak RM80.00 dan kos tersebut telah disumbangkan oleh beliau sendiri demi menjayakan misi dan visi kelab tersebut.
             
             Nyanyian Lagu ‘MARI CEGAH JENAYAH’ buat pertama kalinya dinyanyikan bersama-sama iringan muzik ‘minus one’ oleh pelajar iaitu ahli-ahli kelab sesi 2003 yang dinyanyikan pada 12 April 2003. 
            
           Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memanggil beliau untuk hadir bersama-sama dalam Mesyuarat Pemurnian Buku Panduan KPJ buat pertama kalinya yang diadakan pada 18-20 Oktober 2005 bertempat di Hotel Empress, Sepang Selangor. Pada masa itu, pihak kementerian telah melihat dan meneliti contoh Buku Panduan Perlaksanaan Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah versi SMK Pasir Putih, termasuklah meneliti lirik lagu ‘MARI CEGAH JENAYAH’. Pada bulan November 2005, pihak Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghubungi pengetua SMK Pasir Putih, Puan Fitriani Wahid dan meminta persetujuan beliau untuk membenarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan lagu tersebut tanpa royalti untuk digunakanpakai sebagai lagu rasmi Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Dengan rasa gembira dan rendah diri, beliau bersetuju dengan permintaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membenarkan lagu ciptaan saya digunapakai.
            
              Perkembangan teknologi dalam bentuk peralatan audio dan video telah menggerakkan beliau untuk merakamkan iringan muzik ‘minus one’ lagu tersebut ke dalam bentuk cakera padat atau ‘Compact Disc’ atau ‘CD’. Ini dilakukan pada bulan Januari 2006 memandangkan penggunaan ‘CD’ lebih praktikal dan mudah berbanding kaset. 
            
             Sejarah tercipta apabila lagu ‘MARI CEGAH JENAYAH’ dinyanyikan buat pertama kalinya kepada warga pendidik dan pelajar pada 5 Mei 2006, di Dewan Tun Ahmad Shah, SM Teknik Tawau, Sabah, sempena Majlis Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang telah dirasmikan oleh  Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Haji Ahamad Bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada ketika itu.
           
              Pada peringkat kebangsaan pula, lagu ini diperdengarkan dan dinyanyikan buat pertama kalinya oleh pengetua-pengetua penyelaras di seluruh Negara  pada majlis Seminar Kebangsaan Kelab Pencegahan Jenayah, anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan MCPF Malaysia pada 26-28 Mac 2007, di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment