Tuesday, 14 August 2012

MESYUARAT KPJ DAERAH GOMBAK BI. 2

TARIKH : 14 OGOS 2012 (SELASA)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: SK TAMAN PRIMA SELAYANG

MESYUARAT ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBENTANGKAN SEMUA KERTAS KERJA UNTUK PROGRAM KPJ RENDAH 2012 OLEH BIRO JAWATANKUASA DAN JUGA BERKENAAN MAJLIS PELANCARAN KPJ RENDAH DAERAH GOMBAK .. ALHAMDULILAH SEGALANYA BERJALAN LANCAR .... LAMAN BLOG JUGA AKAN DIJADIKAN LAMAN BLOG RASMI DAN AKAN DIRASMIKAN ADA MAJLIS PELANCARAN NANTI




Saturday, 4 August 2012

KERATAN AKHBAR TENTANG JENAYAH JUVANA
















Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar bantu tangani kes buang bayi

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar bantu tangani kes buang bayi




PERMASALAHAN sosial di kalangan remaja yang mengakibatkan kelahiran anak luar nikah semakin meningkat. Lantaran itu juga kes membuang bayi baru lahir menjadi semakin sadis. Ini bertambah perit dengan penderaan kanak kanak.

Masa untuk masyarakat menuding cari mencari silap atau mengutuk perilaku itu tidak ke mana jika punca masalah tidak ditangani atau tiada usaha pencegahan dilakukan pelbagai pihak.

Individu, keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa mesti berganding bahu menyelesaikan masalah ini. Kita tidak boleh menunggu suatu pihak mengambil tindakan, kemudian baru kita memberi komen atau mengikut sama.

Sudah ada pihak mendirikan pusat pemulihan dan perlindungan bagi kes kes ini. Namun, masyarakat hari ini memerlukan tindakan pencegahan. Program pencegahan memang sukar, namun ia lebih baik daripada mengubati.

Masyarakat semakin sedih dengan tindakan membuang bayi tetapi sayangnya kita tidak sedih dengan perilaku remaja yang tidak mengenal batas pergaulan. Pergaulan bebas mereka hanya dipandang sebelah mata semua pihak seolah-olah tidak boleh ditegur lagi.

Lantaran itu, perlu beberapa tindakan segera dilakukan semua pihak yang prihatin supaya masyarakat sejahtera dapat dikekalkan di negara tercinta ini.

Isu dan masalah ini patut menjadi antara agenda pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk mewujudkan unit dakwah. Unit ini akan menggerakkan program kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kehidupan sejahtera.
PBT diharap dapat mengadakan program tersusun bagi mencapai objektif menyemai kehidupan sejahtera kepada pelbagai lapisan masyarakat sama ada di kawasan perumahan, industri atau kawasan komersial.

PBT diharap memperuntukkan beberapa papan tanda di kawasan strategik dengan mempromosi tokoh yang berjaya di dalam negara.

Ia memberi pandangan baru kepada masyarakat bahawa PBT bukan saja mencari untung daripada kutipan cukai pintu, malah menampilkan mereka yang berjaya supaya menjadi ikutan dan harapan rakyat.

Tokoh itu boleh diangkat di kalangan akademik, ulama, usahawan mahupun ahli sukan seperti Prof Engku Aziz, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Datuk Lee Chong Wei mahupun Datuk Nicole David yang diharap boleh membuka minda masyarakat untuk berusaha mencontohi kejayaan mereka.

Daripada menampilkan artis yang mempromosikan produk tertentu dan tidak membantu kesejahteraan masyarakat, lebih baik PBT mengubah paradigma masyarakat ke jalan yang benar.

dipetik daripada Rencana Berita Harian.

Jenayah-Curi Kenderaan

Jenayah-Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku

    * Tempat letak kereta awam
    * Kompleks membeli-belah
    * Di hadapan rumah, tepi jalan raya
    * Tempat letak kereta di hotel-hotel



Faktor berlaku kecurian
    * Tidak dikunci
    * Tiada kunci tambahan
    * Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
    * Meninggalkan barang berharga di motosikal



Bagaimana mencegah kecurian kereta

    * Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
    * Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
    * Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang
    * Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di

       servis
    * Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
    * Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
    * Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
    * Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana

       ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

    * Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
    * Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
    * Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
    * Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.

Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat. 

Tips Cegah Jenayah-Ragut


Photobucket
Ragut dan Seluk Saku
Tempat di mana sering  berlaku
  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
  • Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.
Bagaimana boleh berlaku
  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.
Cara Pencegahan
  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.